Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Navigate Up
Log Masuk
Pendaftaran | Lupa Katalaluan ?
 

 Informasi

 

APAKAH SISTEM e-PENYATA AKAUN PENEROKA?

e-Penyata Akaun Peneroka adalah sebuah sistem yang dibangunkan untuk memberi kemudahan kepada peneroka mengenai maklumat pinjaman dan caruman peneroka dengan FELDA.

Sistem ini memudahkan tugas pihak FELDA untuk menguruskan rekod berkaitan dengan pinjaman dan caruman dengan lebih efektif. Sistem ini juga memudahkan capaian maklumat pantas tanpa batasan tempat dan waktu.

Maklumat yang di paparkan adalah sulit dan persendirian. Hanya pihak tertentu sahaja yang boleh mengakses sistem ini. Oleh yang demikian segala maklumat adalah di jamin selamat.

APAKAH LAPORAN YANG ADA DALAM e-PENYATA AKAUN PENEROKA?

  1. Penyata Individu
  2. Penyata Individu hanya untuk paparan ahli peneroka sahaja. Setiap ahli peneroka perlu mempunyai ID pengguna untuk membolehkan mereka memasuki sistem.

    Ahli peneroka boleh mengetahui setiap maklumat pinjaman dan caruman mereka dengan FELDA secara individu. Secara umumnya, maklumat yang dipaparkan adalah jenis pinjaman atau caruman, jumlah pinjaman, jumlah kutipan hingga kini dan baki pinjaman.

  3. Penyata Rumusan dan Terperinci
  4. Penyata Rumusan dan Terperinci hanya untuk paparan pihak rancangan, wilayah dan ibu pejabat FELDA sahaja. Penyata ini akan memaparkan semua maklumat pinjaman dan caruman untuk setiap peneroka secara lebih terperinci. Maklumat yang dipaparkan membolehkan pihak FELDA mengetahui jumlah pinjaman dan baki terkini untuk setiap peneroka dengan pantas dan mudah.