Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Navigate Up
Log Masuk
Pendaftaran | Lupa Katalaluan ?
 

 Soalan Lazim

 
1. Apakah tujuan sistem ini ?
2. Siapakah yang boleh akses sistem ini ?
3. Bagaimanakah caranya untuk aktifkan id pengguna untuk id pengguna baru; khasnya peneroka ?
4. Bolehkah saya menukar katalaluan ?
5. Bagaimanakah jika saya terlupa katalaluan ?
6. Apakah langkah perlu diambil sekiranya katalaluan anda diblok ?
7. Adakah segala laporan dan maklumat yang dipaparkan dijamin dari segi kerahsiaan dan keselamatan?
8. Apakah langkah yang perlu diambil sekiranya mesej ini dipapar 'No. Kad Pengenalan yang anda masukkan tidak wujud di dalam senarai berdaftar. ?
9. Bagaimana jika maklumat pinjaman atau caruman tidak tepat ?
10. Bolehkan wakil saya mendapatkan penyata Akaun untuk pihak saya ?
11. Bagaimana status akaun, sekiranya berlaku kematian (peneroka)? Adakah perlu pendaftaran baru bagi pihak waris ?

1. Apakah tujuan sistem ini ? ...

Sistem e-Penyata Akaun Peneroka ini dibangunkan bertujuan untuk memaklumkan kepada peneroka mengenai maklumat pinjaman dan caruman peneroka dengan FELDA. Sistem ini memudahkan tugas pihak FELDA untuk menguruskan rekod berkaitan dengan pinjaman dan caruman dengan lebih efektif. Sistem ini juga memudahkan capaian maklumat pantas tanpa batasan tempat dan waktu.

2. Siapakah yang boleh akses sistem ini ? ...

Terdapat 4 kategori pengguna yang boleh akses sistem ini iaitu; Peneroka, Rancangan, Wilayah dan Ibu Pejabat FELDA. Setiap pengguna yang ingin menggunakan sistem ini perlu mempunyai ID Pengguna dan Katalaluan masing-masing.

3. Bagaimanakah caranya untuk aktifkan id pengguna untuk id pengguna baru; khasnya peneroka ? ...

Bagi pertama kali menggunakan sistem ini, peneroka perlu membuat pendaftaran baru dan seterusnya menghubungi pihak rancangan untuk mengaktifkan ID Pengguna yang telah didaftarkan.

4. Bolehkah saya menukar katalaluan ? ...

Ya, boleh. Untuk menukar katalaluan, anda perlu klik pada 'Kemaskini Katalaluan'. Seterusnya anda perlu masukkan katalaluan lama, baru dan pengesahan katalaluan.

5. Bagaimanakah jika saya terlupa Katalaluan ? ...

Jika anda terlupa katalaluan, anda perlu klik pada 'Lupa Katalaluan ?'

6. Apakah langkah perlu diambil sekiranya katalaluan anda diblok ? ...

Sistem akan blok id pengguna anda jika anda salah memasukkan katalaluan sebanyak 5 kali. Sila hubungi pihak Rancangan, Wilayah masing-masing atau Jabatan Kewangan FELDA di talian 03-2617 2617.

7. Adakah segala laporan dan maklumat yang dipaparkan dijamin dari segi kerahsiaan dan keselamatan ? ...

Ya. Semua laporan adalah sulit dan persendirian. Hanya pengguna yang mempunyai id pengguna dan katalaluan sahaja yang boleh mengakses sistem ini.

8. Apakah langkah yang perlu diambil sekiranya mesej ini dipapar 'No. Kad Pengenalan yang anda masukkan tidak wujud di dalam senarai berdaftar. ? ...

Sila semak No. Kad Pengenalan yang dimasukkan.

9. Bagaimana jika maklumat pinjaman atau caruman tidak tepat ? ...

Sila hubungi pihak Jabatan Kewangan FELDA di talian 03-2617 2617.

10. Bolehkan wakil saya mendapatkan penyata Akaun untuk pihak saya ? ...

Anda perlu mendapatkan pengesahan dari Pengurus Rancangan masing-masing.

11. Bagaimana status akaun, sekiranya berlaku kematian (peneroka)? Adakah perlu pendaftaran baru bagi pihak waris ? ...

Peneroka ganti perlu mendaftar semula melalui sistem e-penyata ini.